Info Kolej Multimedia Timur


New intake: May 2012
For more info click here: www.mmc.edu.my

"PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!"


Klik yang mana suka!

ads ads ads ads ads

KOLEJ MULTIMEDIA TERENGGANU (May 2012 Intake)

>> Tuesday, April 10, 2012

Khusus untuk lepasan SPM 2011 dan kepada yang masih tercari-cari ruang untuk melanjutkan pelajaran!

Permohonan untuk program DIPLOMA kemasukan Mei 2012 Kolej Multimedia Terengganu kini dibuka! Bagi yang berminat, anda dialu-alukan untuk memohon sekarang. (Sila rujuk poster bagi syarat-syarat kemasukan dan yuran bagi program yang ditawarkan di MMC Terengganu.)

Untuk memohon sila hantarkan salinan kad pengenalan dan salinan keputusan SPM/sijil dan transkrip anda ke:

Unit Pengambilan,
Kolej Multimedia Timur,
Kompleks TM Medan Jaya,
20990 Marang,
Terengganu.

Atau fakskan ke: 09-6162529

Atau emel: norfatiha@mmc.mmu.edu.my

Atau isikan Borang Permohonan kemasukan (MMC Terengganu New Intake Application Form) di bawah page ini.

Sila nyatakan program pilihan dan no. telefon pemohon bersama dokumen yang dihantar bagi tujuan permohonan tersebut.

Sebarang pertanyaan mengenai program-program yang ditawarkan, sila hubungi nombor telefon yang tertera di poster.

*Asrama disediakan. 

"Hati Seorang Lelaki.."

>> Saturday, February 4, 2012


Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki..
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI.

- Pahrol Mohd. Juoi

Buku yang sangat bagus! Walaupun tajuk "Nota Hati seorang Lelaki", tak semestinya lelaki je boleh baca. Wanita pun boleh baca. Sebagai panduan mendidik diri, anak-anak dan memahami 'hati' seorang suami dan ayah.

Kepada yang bakal berkahwin, baik lelaki atau wanita, memang elok sangat baca buku ni. Isi kandungan senang nak faham. Ayat dan perkataan yang digunakan penulis pun tak berat sangat.

Banyak keypoint yang ditekankan dalam buku ni, contohilah peribadi Rasulullah. So, elok sangat la baca buku ni sempena hari Maulidur Rasul.

Selepas baca separuh dari buku ni, saya rasa sedikit tenang. Tenang fikiran. Tenang dalam hati. Moga ketenangan ini berpanjangan. InsyaAllah~

*Thanks a lot to my dearest sis, Shikin Zainal! >_6

Sejak bila??

>> Thursday, January 26, 2012

Sejak bila apa??





Sejak bila pulak I jadi minah rempit bunga ni?? Ouh.. Musykil!

Rasanya.. Semenjak menginjak ke usia 25 tahun kotttt.. Ataupun.. Semenjak dalam hati ada taman. Eh?? Ada ke?

*Merepek petang-petang via BlogIt!

1 Januari 2012 | Tak mahu ingat, tapi tak lupa.

>> Sunday, January 1, 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih lagi berpeluang menulis di blog kesayangan untuk hari pertama di tahun 2012. Sebelum merepek dan meniyang rapik lebih panjang, peluang yang ada ini saya dahulukan dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2012. Yang sedang bercuti, selamat bercuti! Uii.. Jelesnya! Yang sedang bekerja, selamat bekerja! Kerja dengan semangat yang baru di tahun baru ni!

Sekarang, cer tengok balik tajuk entri ni. TAK MAHU INGAT, TAPI TAK LUPA. Apobondo lah tu? Sebenarnya.. Ada peristiwa yang tak mahu saya ingat lagi sempena datangnya tahun baru ni. Tapi.. Tak akan saya lupa peristiwa itu, yang berlaku setahun yang lalu!

Flashback!
Tanggal 1 Januari 2011. Dilanda badai ombak rindu yang sungguh dahsyat! Mak aih! Dahsyat sunggoh? Bukan laa.. Yang sebenarnya.. Tarikh 1 Januari 2011 tercipta kenangan yang agak sukar untuk saya telan. Nak luah pun susah juga. Ehm!

Ceritanya.. Begini. Pada malam tahun baru 2011, En Kacak (Ingat lagi siapa dia?) Of courselah Encik Kesayangan saya ketika itu. Saya ulang. Encik Kesayangan KETIKA ITU. Sekarang tidak lagi laa. Masa tu, En Kacak telah membuat saya menangis semahunya. Tak caya? Tanya Farah! New year 2011 dan birthday 2011 (3 Jan) adalah kenangan paaaaling pahit bagi saya. Tak pernah lagi saya meraikan birthday dalam keadaan sedih. Jahat la En Kacak! Kan? Dia boleh minta 'break' (bukan brake ok!) dengan saya pada malam birthday saya ittewww.. Wuwuwu.. Saya ingat lagi. Saya cakap kat dia, "Terima kasih la untuk hadiah birthday tahun ni (2011). Akan I ingat sampai bila-bila. Tahun ni birthday I, U minta break. Tahun depan apa la pulak 'surprise' U kan?" Dia jawab, "Ummm.. Tahun depan (2012), I g masuk minang U terus la!" Hah.. Lawak jenaka tahap MLM punya!


Setahun berlalu.
Sekarang, tarikh itu muncul lagi. Dan akan muncul lagi pada tahun-tahun akan datang. Tapi, takpe. Saya seorang yang tabah dan kuat! Sebab saya minum MILO tiap-tiap hari. Ok. Ini tak kelakar. Serius. Walaupun, kenangan itu tak saya lupa sampai ke hari ni, tapi sebenarnya itulah yang menjadikan saya kuat. Selalu pesan pada diri sendiri. Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang. (Saya pesan kat dia juga. Tapi, dia boleh buat jugak kat saya. Degil!) Allah itu Maha Mengetahui. Maha Adil. Dia tahu apa yang kita tak tahu. Kita merancang, tapi perancangan Allah lagi hebat!

Harapan tahun baru 2012. 
Tiada yang lain saya harapkan. Satu: Naik pangkat! Wahwahwah! Dua: Dapat bonus! Kehkehkeh!

Sebetulnya, saya harapkan yang baik-baik saja. Warna-warni 2011 dah pun berakhir. Now, masa untuk maju ke depan, mencorakkan 2012. Moga lebih cantik dari 2011. InsyaAllah.

Maka dengan ini, bermulalah misi 366 hari mencari cinta! Erk~ 

Kesibukan, ketiadaan mood, ketidaksempatan. Semua menghalang!

>> Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menekan keyboard menaip entry untuk blog ini. Rindu? Tak payah cerita la. Memang teramat rindu. Menjegah ke sini sudah pasti, tiap-tiap hari. Tapi untuk mem'publish' 1 entry baru 1 hari, jauh sekali! Sampaikan pada 1 tahap, rasa nak tutup je blog ini. Tapi.. Sayang.. Saya masih punya keinginan untuk menulis di sini. Namun, banyak faktor yang menghalang. Lihat saja tajuk entry ini. Itu baru ada 3. Kalau nak disenaraikan di sini, tak cukup masa 1 hari nak diceritakan. So, saya ceritakan seringkas-ringkasnya di sini untuk beberapa ketika yang berkesempatan ini.

First thing first, saya ucapkan berjuta-juta lemon terima kasih kepada insan yang masih sudi menjenguk ke sini tidak apa tujuan anda. Walaupun saya tidak update blog ini berbulan-bulan lamanya, masih ada trafik yang masuk. Bukti? Tentunya daripada Nuffnang!


Trafik untuk hari ini sehingga jam 10.00 pagi tadi. Paling tinggi pada jam 1.00 pagi tadi. Waktu ini saya sedang beradu. Ngehe..

Trafik sepanjang minggu (dari 12 - 18 Dec). Takde la banyak sangat kan? Tapi.. Boleh untuk memberi blog saya ni beberapa Buffered Earnings. (Macam banyak je kan?)

 
Terima kasih! Thank you! Xie xie! Arigatou! to Nuffnang! Sebab sudi beri blog saya ni beberapa Buff Earnings. Sangat teruja weh! Ingatkan lama tak update, tak merasa la Buff ni. Seingat saya, last merasa dapat Buff bulan Jun 2011 haritu. Lepas tu, takde lagi sehingga bulan Oktober, baru ada Buff. Huhu..

Meh kita tengok ni pulak!

Keyword yang membawa trafik ke blog saya untuk minggu ini! Sudah tentu keyword 'Zack Zukhairi' mendahului carta! Zack.. Zack.. Ramai betul yang cari kau ek? Agak-agak siapa yang cari Zack ni? Mesti depa rindu kat hang!

Adehh! Panjang pulak merepek. Yang sebenarnya, nak cerita pasal lama tak update blog ni. Saya sangat-sangat sibuk kebelakangan ni. Bermula dari September 2011, saya duk ulang-alik dari Trg-KL-Trg, attend kursus di sana. Adoiii.. Tapi, takpela. Urusan kerja. Takleh nak elak. 

Mood nak update blog pun tak berapa nak ada. Begitu juga dengan idea. Tak datang-datang! Mana menghilang entah? Tertinggal dalam banjir di KL haritu kot.. Ohh! Cerita pasal banjir.. Banjir di MMC KL yang paling dahsyat pernah saya saksikan sepanjang saya berkhidmat di MMC. Dan.. Si Tembam saya tu pun hampir-hampir menjadi mangsa banjir ketika di sana. Tapi, dia terselamat sebab kami tergerak hati nak keluar awal dari MMC KL pada hari kejadian (13/12/11). Tarikh yang cantik kan?

Macam-macam yang berlaku sepanjang saya tidak menulis di sini. Memang tak akan habis nak cerita semua dalam masa 1 hari ni. So, I better stop here. Kisah-kisah hati lain, akan dicoretkan dalam entry yang akan datang. InsyaAllah. Tata!

MMC Terengganu New Intake Application Form

Nama:
No KP:
Alamat surat menyurat:
Email:
No Tel:
Memohon untuk ambilan: May 2012
Julai 2012
Disember 2012
Program pilihan: (2 pilihan utama) Dip. in Management with Multimedia
Dip. in Marketing with Multimedia
Dip. in Technology (Telecommunication Eng)
Dip. in Creative New Media *July 2012
Keputusan SPM (Sila fakskan salinan keputusan):

Click here to create your own form.

  © Copyright Ubiquitous Moment  Template by Our Blogger Templates

Back to TOP